AL-MUHADDITH ASY-SYEIKH SAYYID 'ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI AL-HASANI
Asy-Syeikh Sayyid 'Alawi bin Abbas Al-Maiki Al-Hasani Rahimahullah merupakan salah seorang ulama Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah mengambil faedah daripada beliau melalui kuliah beliau di Masjidil Haram. Ramai diari kalangan mereka telah memegang jawatan penting Dalam Agama di negara masing-masing.
Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di dalam sejarah Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stesyen Radio tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan melainkan hanya untuk beliau.
Maklumat lanjut tentang Asy-Syeikh Sayyid 'Alawi boleh dirujuk kepada biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif 'Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada Sayyid Muhammad, Sayyid Abbas Al-Maliki. Sayyid Abbas juga seorang ulama, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan pembaca qasidah yang paling utama. Biografi ini mengandungi tulisan berkenaan Asy-Syeikh Sayyid Alawi dari ulama dari seluruh dunia Islam.
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "